Back

Kompilasi ROMANTIK (Rinsya Chasiani)

Rated 5 stars out of 5
(3835 Looking for this)

RM35.00

Quantity
46 item available
More Info

PRA TEMPAHAN DIBUKA PADA 28 OKTOBER

 

๐Ÿ‚ BUKU KOMPILASI ini mengandungi 3 ebook yang bertajuk ROMANTIK | YOU ARE MY GREATEST PAIN | KITA TERPAKSA KAHWIN karya Rinsya Chasiani (sila double check sebelum membuat payment)

๐Ÿ‚ Pengeposan akhir november

๐Ÿ‚ Isi dalam ebook dan buku sama 100%

 

Sinopsis

 

โ„๏ธ Romantik

 

DIA terbangun... dan suaminya bersikap romantik berbanding biasa.

Cuma apabila Aqwa mendapat tahu dirinya 'lupa' dengan perkara yang terjadi sepanjang 13 hari, hatinya mula dijentik rasa sangsi.

Kata Rizq Syahmi, dirinya ditimpa kemalangan kecil yang mungkin menyebabkan ingatannya terganggu.

"Kenapa you tak bagi I drive?" - AQWA

"You pregnant. Buat masa ni I tak nak you buat kerja berat." - SYAHMI

Dia tidak menduga Syahmi menipu tentang kandungannya selama ini. Tapi untuk apa?

โ€œI datang bulan. I tak mengandung. You ada nak cakap apa-apa pasal ni?โ€ - AQWA

Untuk 13 hari yang pernah dia lupakan, Aqwa hidup dalam teka teki dan syak wasangka. Dia mula mengelak dari suaminya. Dia benci dengan sikap prihatin Syahmi. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki yang bermuka-muka.

"You nak ke mana?" - SYAHMI.

"Jangan risau. I tahu jaga diri sendiri. I tahu nak drive macam mana.โ€ - AQWA

 

โ„๏ธ You Are My Greatest Pain

 

Nadian ditinggalkan oleh ibunya dalam jagaan kakak ibunya, Mak Long Lina. Namun gara-gara perselisihan faham antara Nadian dan keluarga mak longnya, dia keluar dari rumah itu. Walau dipujuk berkali-kali Nadian tidak berlembut hati. Sehingga satu hari, Nadian mengandung anak luar nikah. Nadian pulang ke rumah Mak Long Lina dan merayu kepada anak tunggal Mak Long Lina, Qaim Haiziqh untuk menjadi suaminya.

 

Qaim yang tidak sampai hati menolak akhirnya menerima Nadian sebagai isteri.

 

Bagaimanakah kehidupan mereka selepas itu? Ikhlaskah Qaim menerima Nadian dalam hidupnya? Dan kenapa Nadian sanggup meninggalkan Qaim yang telah banyak berkorban sehingga masa depan lelaki itu yang menjadi galang ganti?

 

โ€œAbang buat apa jumpa saya kat sini? Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Abang tak payah cari saya.โ€ - NADIAN

 

โ€œMaaflah, abang bukan mencari Dian sebagai seorang suami. Abang pun dah lupakan Dian. Sejak Dian melangkah keluar dari rumah kita lagi.โ€ - QAIM

 

โ„๏ธ Kita Terpaksa Kahwin

 

Daniya dikejutkan dengan keputusan tunangnya, Cikgu Qarlif yang tiba-tiba mahu membatalkan perkahwinan mereka sedangkan tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu lagi. Biarpun dirayu, Cikgu Qarlif sudah bulat hati.

Muhammad Aryan, teman sepermainan Daniya sedari kecil menawarkan diri untuk jadi pengantin lelaki. Gara-gara terdesak, Daniya terpaksa menerima kenyataan pengantinnya bertukar orang!

โ€œKita ni nak panggil satu sama lain apa? I dan you ke? Abang dan sayang?โ€ - DANIYA

โ€œKau putus fius ke, Dani? Aku ni sama umur dengan kau. Kau tua sebulan dari aku.โ€ - ARYAN

โ€œKang aku panggil kau oppa atau chagi baru tau.โ€ โ€“ DANIYA

 

KTK : TEASER 1 | TEASER 2