Tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses, kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir, membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti peluang akan menjadi bertambah baik. Di samping itu, kebolehan untuk membaca membolehkan seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang hayat dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita berjaya di dalam kehidupan. Penulis menghujahkan di dalam buku ini bahawa membaca adalah suatu proses yang fitrah ke arah kita membina dan memperkukuh potensi diri.
Buku ini akan membina kesedaran dan kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini;
Ini merupakan edisi kemaskini daripada edisi asal yang telah diterbitkan pada tahun 2013 dengan judul sama.
Berkaitan Penulis
Yusni Yussof merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan pelbagai penulisan dalam bentuk novel, karya bukan fiksyen, makalah ilmiah, cerpen, esei sastera dan banyak lagi.
Beliau pernah menghasilkan pelbagai penulisan yang telah diterbitkan di Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Minda, Tunas Cipta, Perajurit dan pelbagai bentuk penerbitan. Tulisan-tulisan beliau merangkumi isu-isu sosial, pemikiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan strategik sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Antara buku-buku yang ditulis oleh beliau termasuklah PKPIM 5 Dasawarsa ( bersama Mohd Hilmi Ramli) dan The Malaysian Operative. Beliau kini merupakan seorang perunding latihan dan penulis sepenuh masa.
Beliau juga mengulas buku di saluran Youtube beliau dan aktif menulis di yusniyussof.com
KANDUNGAN BUKU : Memahami budaya Iqra’- Amalan dan budaya membaca di dalam pembinaan tamadun Islam - Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu dan kini yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat-Bagaimana amalan membaca akan membangun potensi diri seseorang - Kemahiran dan teknik untuk memperkukuh amalan membaca - Kepentingan dan kelebihan membaca pelbagai bentuk bahan bacaan - Mind set, faktor ‘Why’ dan motivasi diri untuk membaca – Langkah menerapkan budaya membaca di dalam diri – Ketahui teknologi terkini dalam dunia pembacaan
Harga Buku : RM 40 senaskhah
Kos penghantaran : RM 10 ( kurier)
Untuk pembelian, anda boleh menggunakan Toyyibpay atau membuat deposit/pindahan wang ke akaun bank CIMB 8008314968 atas nama Dreamfoundry Media Sdn Bhd.
Buy Now