"Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, " Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?" Baginda menjawabnya dengan bersabda: "Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan."
(HR. Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
Maka atas kelebihan inilah pihak NURAQIQAH berusaha memudahkan anda untuk perlaksanaan AQIQAH di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah walaupun anda berada di Tanahair Malaysia..
Contoh Lafaz Akad:
Akad 1:Saya {Nama} Mahu Menempah Seekor Kambing Dari Pihak Pengurusan NurAqiqah Dengan Bayaran RM540 seperti yang dinyatakan.
Akad 2:Saya {Nama} bersetuju mewakilkan Pengarah Program NurAqiqah {Ustaz Haji Hasnul Jamal Bin Sulaiman} bagi menguruskan perlaksanaan AQIQAH di Tanah Suci Makkah kerana Allah Ta‘ala.
Mari sama-sama kita menonton video perlaksanaan Aqiqah pada tahun 1441H yang lalu oleh keluarga NURAQIQAH di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah. InsyaALLAh walaupun tiada video dapat diberikan kepada anda seperti perlaksanaan Aqiqah di sana namun beginilah keadaan dan suasana penyembelihan di sana yang dilaksakan oleh team kami.
Bezanya hanya pada kepadatan di musim Haji yang menyebabkan keluarga NURAQIQAH tidak dapat menjanjikan pemberian klip video QURBAN kepada para peserta.
Namun, sekiranya mendapat peluang tersebut, itu adalah rezeki dan bonus yang akan pihak kami sampaikan kepada anda. InsyaALLAH.
1. Klik butang ‘BUY NOW’ di bahagian paling bawah mukasurat ini.
2. Pilih jenis binatang Aqiqah yang mahu diqurbankan di Tanah Suci.
3. Tentukan kuantiti binatang Aqiqah tersebut
4. Isi borang online dengan butiran yang diperlukan seperti yang diminta. Semua info yang diperlukan adalah untuk memudahkan penghantaran sijil perlaksaan Aqiqah ke rumah peserta.
5. Isikan nama peserta Aqiqah yang bakal menyertai perlaksanaan Aqiqah di Tanah Suci 1445H.
6. Letakkan tarikh borang diisi.
7. Kemudian, buat pilihan kaedah pembayaran paling mudah buat anda & seterusnya membuat pembayaran.
8. Bagi peserta Aqiqah dari Singapura, anda hanya perlu menggunakan iBanking untuk membuat pembayaran. No. akaun bank ada dinyatakan di bahagian pemilihan pembayaran secara online. Muat naik bukti bayaran dan selesai.
9 - Tunggu sehingga 10 saat, anda akan terus di bawa ke aplikasi Whatsapp untuk langkah seterusnya 🤗. Ini bagi tujuan Akad antara peserta Aqiqah dengan wakil yang menguruskan perlaksanaan Aqiqah di Tanah Suci.
PERHATIAN: Selepas anda membuat pembayaran, page ini akan membawa anda ke aplikasi whatsapp dengan mesej “Akad Aqiqah Makkah” secara otomatik. Hantar mesej seperti yang diminta. Kemudian, anda akan menerima mesej arahan berikutnya. Ikut arahan seperti yang diberikan.
KLIK BUTANG INI UNTUK MENERUSKAN TEMPAHAN AQIQAH ANDA